Assalamualaikum..
ini adalah tutorial photoshop aku yang pertama di blog nih. buat kali pertama ni aku nk ajar perkara yang mudah dulu.. bg yang x mahir dalam photoshop ni pun insyaAllah boleh ikut. tapi yang penting perlu ada software photoshop cs dan keatas. yang kebawah aku xpasti blh ke x, sbb aku pon tak pernah guna.. perlu jugak kemahiran untuk setkan saiz workarea(istilah yang aku guna sendiri)..
sebelum kita mula aku nk tunjuk sikit apa yang korg boleh hasilkan dengan kaedah ini.
first thing first. buka photoshop dan setkan berapa resolusi yang korg nk guna.. kalau tak tau nk set berapa, check korg punya display resolution. sbb kita pon nk buat wallpaper untuk laptop/pc. jd kalo saiz x betul, nnt image pon jadi xelok bila kita setkan sebagai wallpaper.
bila dah set, pilih pula warna base(background) untuk wallpaper korg tu. xkesah la warna apa pun. tapi aku syorkan pilih warna yang tak terlalu cerah/terang. contoh kuning atau jingga. sebab kalau korg guna warna yang jenis mcm ni takut nnt silau pula bila pandang display. aku guna warna biru.
1. pilih text (T)
2. kemudian taipkan apa² yang korg nak. ikut suka korg nk tulis ape pun. mcm contoh ni aku tulis nme blog ni. rose café. bagi memudahkan kerja, mulakan menaip dengan menekan spacebar dahulu. kemudian baru taip perkataan yang korg mahukan. tujuannya, selepas korg taip, select all (ctrl+A) dan copy (ctrl+C) perkataan korang tu. tekan button panah ke kanan di keyboard dan terus paste (ctrl+V) berulang kali sampai keluar dari workarea. perlu lebih kan beberapa kali.
3. selepas itu, duplicate text layer tersebut. perlu select dulu layer mana yang korg nk duplicate. ada 2 cara untuk duplicate layer. pertama, ctrl+J. kedua, pergi ke toolbar. pilih Layer > Duplicate Layer.
4. dengan menggunakan button arrow di keyboard, ubah kedudukan layer yang telah kita duplicate sebelum ini.
![]() |
bebas nk susun macam mana yang kita mahukan |
5. kemudian merge kan kedua layer text tersebut (ctrl+E). bila dah merge, layer tersebut akan berubah thumbnail.
6. kemudian duplicate layer yang baru tersebut dan ulang langkah 4. buat sehingga penuh workarea.
7. mergekan semua layer yang ade. kecuali background layer. kemudian, pergi ke Layer > Layer Style > Inner Shadow dan masukkan nilai² yang perlu seperti yang di tunjukkan.
8. Setelah selesai langkah 7. pilih semula Text, dan tulis kan perkataan utama yang ingin di paparkan. ubahkan saiz mengikut kesesuaian resolusi display. Text kali ini adalah untuk text yang utama.
![]() |
Character Window boleh dapat dengan memilih Window > Character |
9. pilih text layer teresebut. kemudian pergi ke Layer > Layer Style > Drop Shadow dan masukkan nilai² berikut.
10. Setkan kedudukan text tersebut dan kita dah pun siap! Hasil yang aku dapat :
![]() |
Rose Café wallpaper |
No comments:
Post a Comment